Alhamdulillah, pada 6 April 2014 yang lalu, para pelajar
APIDS 97 dengan jayanya telah menamatkan sesi pengajian Asasi di PASUM sekali
gus menandakan tamatnya sesi pengajian pada peringkat Asasi selama 2 tahun.
Diharapkan agar semua dapat memanfaatkan cuti dengan sebaiknya dan dapat
bersiap-sedia dari segi mental dan fizikal sebelum melangkah ke alam Degree
yang penuh mencabar lagi, In shaa Allah.
Pada post kali ini, kami akan memberitahu secara kasar
tentang perubahan yang akan dilaksanakan untuk program APIDS sesi 2017/2018
bagi lepasan SPM 2016.
Untuk pengetahuan anda, perubahan yang drastik akan
dilaksanakan adalah sesi pengajian telah disingkatkan daripada 2 tahun kepada
setahun. Semua subjek Sains dan Pengajian Islam akan digabungkan dalam 2
semester dan semuanya akan dipelajari di Pusat Asasi Sains UM, Kuala Lumpur.
Maka, untuk pelajar Batch yang akan datang, tidak akan belajar di Akademi
Pengajian Islam Nilam Puri, Kelantan.
Berikut merupakan senarai subjek yang akan dipelajari mengikut
aliran, dan juga jam kredit bagi setiap semester.
Oleh kerana sistem pembelajaran yang baharu ini belum
dilaksanakan, maka kami tidak dapat menerangkan dengan lebih lanjut lagi. Hanya
ini yang mampu dikongsikan untuk makluman dan pengetahuan anda. Kepada lepasan
SPM yang masih mencari-cari hala tuju, teruskan berusaha dan jangan putus asa.
Semoga segala urusan dipermudahkan. Apa-apapun, kami mendoakan yang terbaik
buat anda semua, In shaa Allah.
Boleh rujuk di bahagian: Pengenalan. Pun begitu, kami bukan pihak pengurus mahupun penyelia program ini. Kami hanya pelajar lepasan APIDS juga.
Boleh rujuk di bahagian: Pengenalan. Pun begitu, kami bukan pihak pengurus mahupun penyelia program ini. Kami hanya pelajar lepasan APIDS juga.