PASTI KALIAN TERTANYA APA ITU APIDS???
Asasi Pengajian Islam dan Sains atau lebih dikenali sebagai APIdS merupakan satu program yang hanya ditawarkan di Universiti Malaya sahaja. Program asasi ini mengambil masa selama 4 semester.
Pada semester 1 dan 2,mahasiswa/wi akan belajar di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Nilam Puri,Kelantan (APIUMNP). Disini kalian akan belajar subjek-subjek agama sahaja bersama mahasiswa/wi daripada Program Asasi Pengajian Islam (terbuka kepada bumiputera sahaja) dan Program Khas Bahasa Arab (khas untuk Pelajar Sabah, Sarawak dan Thailand).
Antara subjek yang akan dipelajari di APIUMNP ialah
SEMESTER 1
|
Klik untuk besarkan rajah |
English for MUET
Qawaid Al-Lughah Al-Arabiyyah
Maharah Al-Kitabah
Maharah Al-Kalam
Ulum Al-Quran & Ulum Al-Hadith
Praktikal Ibadat
Ahadith Mukhtarah
Fann Al-Tajwid Wa Al-Tilawah I
Jumlah kredit dalam seminggu kalian belajar adalah 19 jam
SEMESTER 2
Reading in English for Academic Purposes
Al-Arabiyyah Li Al-Ulum Wa Al-Tiknulujiyya
Al-Balaghah
Al-Tasawwur Al-Islami
Madkhal Al-Aqidah Al-Islamiyyah
Usul Al-Syariah
Fiqh Al-Sirah
Fann Al-Tajwid Wa Al-Tilawah II
Untuk semester 3 dan 4,kalian akan berpindah ke Pusat Asasi Sains Universiti Malaya,Kuala Lumpur(PASUM).
Disana kalian akan diberi pilihan sama ada untuk mengambil SAINS HAYAT ataupun SAINS FIZIKAL..
|
Klik untuk besarkan rajah |
Bagi yang mengambil SAINS HAYAT..
SEMESTER 3
Algebra & Geometri
Kalkulus
Kimia Asas 1
Kimia Asas 2
Biologi Sel
Pembiakan, Ekologi Dan Perkembangan Organisma
Jumlah kredit jam dalam seminggu ialah 18 jam
SEMESTER 4
Algebra & Kalkulus
Statistik & Kebarangkalian
Teknologi Maklumat
Kimia Asas 3
Kimia Asas 4
Fisiologi Organisma
Genetik & Teknologi DNA
Jumlah kredit jam dalam seminggu ialah 19 jam
Bagi yang mengambil SAINS FIZIKAL..
SEMESTER 3
Algebra & Geometri
Kalkulus
Kimia Asas 1
Kimia Asas 2
Sains Komputer 1
Fizik Asas 1
Fizik Asas 2
Jumlah kredit jam dalam seminggu ialah 21 jam
SEMESTER 4
Algebra & Kalkulus
Statistik & Kebarangkalian
Teknologi Maklumat
Kimia Asas 3
Kimia Asas 4
Sains Komputer 2
Fizik Asas 3
Fizik Asas 4
Jumlah kredit jam dalam seminggu ialah 16 jam
Syarat Kemasukan Ke Program Asasi Pengajian Islam Dan Sains :
Sila ambil maklum bahawa program Asasi Pengajian Islam dan Sains merupakan program persediaan pelajar untuk kemasukan terus ke program-program Ijazah Pertama di Akademi Islam, Fakulti Sains dan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Malaya tertakluk pada syarat-syarat:
(1) Menyempurnakan pengajian Asasi Pengajian Islam dan Sains di Akademi Pengajian Islam Nilam Puri, Kelantan dengan memperolehi PNGK 3.00 ke atas;
(2) Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET).
Setelah itu, para mahasiswa/wi boleh memilih bidang yang berikut bagi meneruskan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda:
|
*Lihat Asasi Pengajian Islam dan Sains
|
Maka, setiap graduan asasi berhak memilih program ijazah sarjana muda yang layak dipohon.
Graduan Asasi Sains Hayat boleh memilih antara yang berikut:
Sarjana Muda Pengajian Islam dan Sains (Bioteknologi)
Sarjana Muda Pengajian Islam dan Sains (Genetik dan Biologi Molekul)
Sarjana Muda Pengajian Islam dan Sains (Sains Biokesihatan)
Sarjana Muda Pengajian Islam dan Sains (Sains dan Pengurusan Alam Sekitar)
Manakala Graduan Asasi Sains Fizikal boleh memilih antara yang berikut:
Sarjana Muda Pengajian Islam dan Sains (Fizikal)
Sarjana Muda Pengajian Islam dan Teknologi Multimedia
NOTA KAKI:
Rajah yang tertera di sini adalah terkini iaitu pada tahun 2015.
Perlu diketahui bahawa asasi ini merupakan double-major based.
Ingin sekali diingatkan, bahasa pengantar bagi keseluruhan semester 1 dan semester 2 adalah dalam Bahasa Arab. Hatta, segala buku teks juga dicetak dalam bahasa Arab termasuklah subjek Praktikal Ibadat meskipun tajuknya kelihatan seperti kita sedang belajar dalam bahasa Melayu. Oleh itu, perkukuhkanlah penguasaan Bahasa Arab sebelum menjejak langkah ke sini. Walaubagaimanapun, jika penguasaan Bahasa Arab masih belum cukup utuh, jangan risau, pensyarah-pensyarah di sini sedia membantu. Kami berani menjamin kebenaran hal ini!