Pada 18 Nov yang lepas iaitu bersamaan tarikh calon SPM 2015 menduduki kertas Matematik Tambahan, Exco Academic and Laboratory (Excalibur) telah mengadakan sesi ulangkaji bagi subjek Matematik Tambahan oleh semua pelajar APIdS 97. Ini sebagai salah satu langkah untuk mengembalikan ingatan semula subjek-subjek penting yang akan dipelajari di PASUM nanti. Setelah bertungkus-lumus menjawab soalan yang disediakan dengan menggunakan kalkulator yang telah setahun ditinggalkan, Alhamdulillah ulangkaji pada malam tersebut diakhiri dengan sedikit jamuan.
Perbincangan jawapan diketuai oleh
Hisyamuddin Hamdan
|
Pelajar APIdS sedang memerah otak setelah setahun
tidak bertemu dengan subjek yang "mudah" ini
|