Jumaat, 19 Februari 2016

AHLAN 2.0

   بسم الله الرحمن الرحيم

Pada 23 hingga 26 Disember 2015, APIDS97 telah mengikuti aktiviti tahunan setiap APIDS iaitu AHLAN 2.0 (A Harmonious Linkage Among Novices). AHLAN kali ini merupakan pertama kali diadakan di kampus utama Universiti Malaya di Kuala Lumpur untuk kohort ke-14 (APIDS97) dalam sejarah APIDS. Program ini juga merupakan kerjasama antara APIdS96 dan keluarga SGPI. Banyak aktiviti bermanfaat dan ilmu baru yang kami telah perolehi.

     Day 1 - Setibanya kami di sana, saudara Afnan selaku pengarah program Ahlan 2.0 telah membawa kami bersiar-siar di dalam UMKL dan memperkenalkan setiap tempat yang ada. Setelah itu, kami dibawa ke Tasik Varsiti untuk bersarapan dan slot Ice-Breaking untuk dibahagikan ke dalam 3 kumpulan, serta slot pengenalan ahli-ahli AJK tertinggi Ahlan 2.0. Seusai aktiviti pada pagi itu, kami dibawa ke apartmen yang disediakan untuk aktiviti kendiri.

     Pada sebelah petang, kami dibawa ke Pusat Asasi Sains (PASUM) dengan berjalan kaki dari Kolej Kediaman Ungku Aziz yang didiami oleh pelajar APIDS96 dan pelajar PASUM sendiri, yang memakan masa lebih kurang 15 minit perjalanan. Kami bermain Explorace 3 Bahasa iaitu Bahasa Arab, Inggeris dan Bahasa Antarabangsa. Kami meneruskan aktiviti Explorace PASUM, di mana kami diberi gambar tempat checkpoint tersebut sebagai petunjuk untuk mencari lokasi checkpoint yang sebenar.

     Di sebelah malam, kami mengikuti aktiviti "Last Word Never Dies" iaitu tazkirah berantai. Program diteruskan dengan debat antara 4 kumpulan yang juga disertai oleh APIDS96 dan APIDS97. Sepanjang aktiviti ini, kami dapat berbahas dan berkongsi buah fikiran dengan tajuk soalan yang menarik.

     Day 2 - Pada paginya, kami diberi pendedahan mengenai subjek-subjek yang akan dipelajari oleh pelajar Sains Hayat dan Sains Fizikal serta perkongsian oleh penyelaras APIDS di PASUM iaitu Dr. Faridah Ibrahim. Kami juga diberi perkongsian daripada APIDS96 tentang kehidupan mereka sebagai pelajar APIDS di PASUM.

     Pada waku tengahari, pelajar lelaki pergi menunaikan solat Jumaat manakala pelajar perempuan menjalankan aktiviti " Selamat Tengahari Cinta ". Setelah menunaikan solat zuhur, kami meneruskan program dengan persembahan APIDS97 daripada kumpulan-kumpulan yang telah dibahagikan mengikut negeri. Seterusnya, persembahan daripada APIDS96 yang cukup menarik diikuti persembahan multimedia APIDS96 dan APIDS97.

     Pada lewat petang, tibalah masa untuk majlis perpisahan buat saudara Ahmad Syakir Bin Kadir, bekas mas'ul (ketua kelas) Majmuah 7, yang akan melanjutkan pelajarannya ke Madinah. Suasana agak sedih dan pilu memandangkan saudara Syakir banyak menyumbang dari segi idea dan tenaga kepada APIDS97. Setelah itu, Majlis Penutupan Ahlan 2.0 pun berlangsung menandakan tamatnya program bersama APIDS96 dengan jayanya.

     Pada malamnya, kami bersama-sama dengan wakil daripada pelajar senior dan alumni kami iaitu pelajar Ijazah Sarjana Muda SGPI (Sains Gunaan dan Pengajian Islam) dan mengadakan sesi perkongsian kepada APIDS96 dan APIDS97 mengikut pengkhususan ketika ijazah / degree. Kami mendapat penerangan yang lebih mendalam dan pengalaman mereka serta dapat bertanya soalan-soalan berkaitan dengan kursus tersebut.

     Day 3 - Kami memulakan aktiviti pagi dengan Hari Sukan yang dianjurkan oleh SGPI. Di sini, kami dapat mengeratkan hubungan antara senior-senior dan junior-junior kerana telah bekerjasama dalam satu kumpulan besar mengikut rumah sukan ketika permainan. Pada waktu tengahari, kami disajikan dengan hidangan mewah iaitu Kambing Bakar, Nasi Tomato dan juga Trifle yang sedap lagi menyegarkan.

     Pada sebelah petang, kami mendengar 'Career Talk'. Berbagai input yang berguna dapat kami perolehi seperti kerjaya yang akan ditawarkan dan kerjaya yang semakin mendapat perhatian terutamanya daripada syarikat-syarikat yang menerapkan konsep dan syariat Islam sebagai teras utama mereka.

     Maka, tamatlah AHLAN 2.0 dengan jayanya. Program ini bukan sahaja memberi pencerahan kepada APIDS97, malahan dapat mengeratkan ukhuwah antara semua ahli SGPI dan APIDS. Kami, sebagai APIDS97 amat menghargai jasa pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan program yang menarik ini. Terima kasih.


Sarapan di Tasik Varsiti


Sesi Ice-Breaking



Explorace 3 Bahasa



Explorace PASUM



Slot 'Last Word Never Dies' ; tazkirah berangkai

  Debat mengikut kumpulan


Persembahan dari APIDS97



Persembahan dari APIDS96


Slot perkongsian dari senior SGPI mengikut pengkususan



Hari Sukan SGPI




Grand Lunch ; hidangan kambing bakar

Slot Career Talk

Sesi bergambar bersama semua ahli SGPI dan APIDS




Tiada ulasan:

Catat Ulasan