Cari Blog Ini

Jumaat, 19 Februari 2016

SIMFONI - 1001 Kenangan

  بسم الله الرحمن الرحيم

   Pada 31 Januari 2016 yang lalu, APIDS97 telah mengadakan program terakhir kami di Akademi Pengajian Islam Nilam Puri iaitu SIMFONI – 1001 Kenangan. Program jamuan makan ini adalah sebagai majlis penghargaan dan pertemuan rasmi kami yang terakhir bersama para pensyarah di Nilam Puri. 

   Program dimulai dengan bacaan doa, serta ucapan daripada pensyarah-pensyarah yang berupa nasihat dan kata-kata terakhir khas buat kami, sebelum kami bakal menyambung pelajaran di UM Kuala Lumpur untuk semester akan datang. Kemudian, kami dihidangkan dengan pelbagai juadah makanan yang enak. Acara diteruskan dengan persembahan multimedia daripada ikhwah dan akhawat khusus buat para pensyarah. Seterusnya, acara penyampaian hadiah kepada para pensyarah mengikut anugerah-anugerah tersendiri yang istimewa. Tidak lengkap sesuatu progam itu tanpa sesi bergambar, jadi acara penutup buat program kali ini adalah sesi bergambar ahli-ahli APIDS97 bersama para pensyarah. Setelah itu, ahli APIDS97 telah mengadakan aktiviti tukar-tukar hadiah sesama ahli-ahli sendiri.

   Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan buat para pensyarah dan asatizah kerana telah mencurahkan ilmu yang tidak ternilai kepada kami sepanjang dua semester mengajar kami di APIUM Nilam Puri. Ilmu yang telah kami perolehi akan kami manfaatkan dalam kehidupan di dunia mahupun di akhirat kelak. Semoga kita dapat bertemu kembali pada masa akan datang jika umur masih panjang dan dengan izin-Nya, in shaa Allah.


Ustaz Najib memberikan ucapan perasmian majlis

Ucapan daripada pengarah program SIMFONI - 1001 Kenangan



 Sesi menjamu selera untuk para pensyarah dan pelajar


Ucapan terima kasih daripada pelajar akhawat untuk para pensyarah

 Acara penyampaian hadiah untuk para pensyarah


 Sesi bergambar APIDS97 bersama para pensyarah



AJK Tertinggi bagi program SIMFONI ini

Sesi bergambar bersama semua ahli APIDS97


Tiada ulasan:

Catat Ulasan