Ahad, 6 Mac 2016

Realiti APIDS

Alhamdulillah, pada 18.2.2016 yang lalu, telah tamatnya semester 2 bagi pelajar APIDS, sekaligus merangkap tamatnya sesi pembelajaran kami di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Nilam Puri, Kelantan. Kami akan bercuti selama dua bulan lebih, sebelum meneruskan pembelajaran kami di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) di Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada bulan 5 nanti, In shaa Allah.

Untuk post kali ini, kami akan menceritakan beberapa perkara penting tentang Asasi Pengajian Islam dan Sains ini, khas untuk adik-adik lepasan SPM. Post ini bertujuan untuk mendedahkan lagi perkara-perkara yang lebih mendalam untuk pengetahuan anda.

Asasi ini sebenarnya bidang yang baru sahaja beberapa tahun dilaksanakan oleh Universiti Malaya, dan kami adalah kohort / batch ke-14. Bidang ini bertujuan untuk melahirkan generasi Saintis Islam yang dapat menguasai kedua-dua bidang, serta menyumbang kepada agama dan negara. APIDS mempunyai keluarga tersendiri, iaitu Lajnah SGPI (Sains Gunaan dan Pengajian Islam), yang ahli-ahlinya terdiri daripada staf-staf, pelajar Ijazah Sarjana Muda SGPI, pelajar APIDS serta alumni SGPI sendiri. Keluarga SGPI ini diadakan bertujuan agar senior-senior SGPI dapat mengenal dan memberi tunjuk ajar dan pertolongan kepada junior-junior supaya dapat meneruskan kecemerlangan SGPI, serta mengeratkan ukhuwwah antara ahli-ahli keluarga SGPI merentasi kohort, memandangkan kami sendiri mempunyai ahli yang agak sedikit.

Untuk sistem pembelajaran, seperti yang boleh anda lihat di 'Pengenalan', subjek-subjek Pengajian Islam yang dipelajari di APIUM Nilam Puri, Kelantan untuk peringkat Asasi selama 2 semester, kesemuanya adalah dalam Bahasa Arab. Dan, cabaran yang akan anda hadapi ialah anda perlu menyambung pelajaran di PASUM untuk subjek-subjek Sains, setelah meninggalkannya dalam tempoh lebih daripada setahun selepas tamatnya SPM, sekaligus perlu bersaing dengan pelajar PASUM iaitu junior anda yang muda setahun daripada anda pada waktu itu. Anggaplah ia sebagai pendorong semangat untuk bersaing secara sihat dengan pelajar PASUM dan menjadi kawan-kawan mereka juga.

Di peringkat Ijazah Sarjana Muda (Degree) pula, 50% adalah daripada subjek Sains mengikut pengkhususan, manakala 50% pula daripada subjek Pengajian Islam. Cabaran di sini pula ialah anda perlu berulang-alik daripada bangunan fakulti Pengajian Islam dan Sains di UM Kuala Lumpur nanti, dalam hari-hari pembelajaran anda. Apa yang menariknya di sini, anda juga akan belajar subjek pengantaraan, iaitu di mana anda dapat belajar perkaitan antara Sains dan Islam.

Terdapat juga beberapa senior SGPI yang mendapat peluang untuk belajar di luar negara, seperti Jepun, Korea, Scotland, Turki dan berbagai lagi, dalam tempoh yang singkat, untuk program pengantarabangsaan atau 'Outbond' yang dibuat oleh pihak universiti, mahupun pihak luar yang menyediakan biasiswa. Jadi, masih ada peluang untuk anda menanam cita-cita untuk belajar di luar negara.

Untuk prospek pekerjaan yang boleh diceburi oleh pelajar APIDS dan SGPI ini, lebih meluas. Anda boleh menceburi bidang seperti bidang industri halal, ataupun mengikut pengkhususan yang anda pilih (boleh rujuk di 'Pengenalan'). Kami hanya tahu sedikit sahaja tentang ini, memandangkan kami masih baru berada di peringkat Asasi.

Tetapi, untuk makluman anda, 'course' ini tidak membolehkan anda untuk menceburi pengkhususan seperti perubatan dan kejuruteraan (Medic dan Engineering) di peringkat Ijazah Sarjana Muda (Degree), walaupun terdapat subjek-subjek Sains yang dipelajari semasa di PASUM, atas sebab-sebab tertentu. Meskipun begitu, terdapat di antara senior SGPI yang berjaya menceburi bidang Medic mahupun Engineering di peringkat Ijazah Sarjana (Master). Dalam hal ini, anda perlu bijak mencari segala peluang yang ada untuk mencapai cita-cita anda!

Walaupun terdapat pelbagai cabaran yang perlu dihadapi, tetapi ini boleh dijadikan pembakar semangat untuk anda mencapai kejayaan di masa hadapan, di dunia mahupun di akhirat In Shaa Allah. Sudah ramai pelajar SGPI yang berjaya menamatkan pembelajaran dalam 'course' ini dengan cemerlang sekali, yang boleh dijadikan model dan contoh untuk kita semua.

Kami sekadar mahu berkongsi kepada anda, bukan untuk mencari populariti, tetapi kerana ingin mengembangkan kembali Saintis Islam yang semakin hilang dibawa arus kemodenan ini. Harapan besar daripada kami supaya kita sama-sama dapat menuju kejayaan dan keredhaan Allah, In shaa Allah.


11 ulasan:

  1. Saya nak tumpang tanya. Memang kena pakai tudung labuh ye kalau masuk asasi ni?

    BalasPadam
  2. Ya. Syarat pemakaian di APIUM Nilam Puri bagi pelajar perempuan ialah berbaju kurung atau jubah, dan bertudung labuh. Manakala di UM Kuala Lumpur, tidak diletakkan apa-apa syarat pemakaian.

    BalasPadam
  3. oh macam tu. ok terima kasih! boleh tak saya nak request buat post pasal tips temuduga? :) sebab saya cuba search tak jumpa...

    BalasPadam
  4. Untuk sesi kemasukan tahun 2016 ini, tiada temuduga yang akan dijalankan. Hanya perlu isi permohonan di UPU sahaja.

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum....saya mendapat 7A ( 4A+1A2A-) 4B (3B+1B) ...physic,chemistry, bi saya B+, add math B...layak ke saya memohon asasi pengajian Islam Dan sains ini??kerana setahu saya um memilih ramai pelajar straight A's

    BalasPadam
  6. Waalaikumussalam. In shaa Allah, layak. Kerana setahu kami, syarat kelayakan untuk course ini lebih rendah sedikit daripada Asasi Sains Hayat/Sains Fizikal di PASUM.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum.. sy nak tanye, apids terima x pemohon yg dpt 6a? Kalau batch 97, ada x yg dpt 6a jgk.. sbb sy risau sgt ni.. :(

      Padam
    2. Assalamualaikum.. sy nak tanye, apids terima x pemohon yg dpt 6a? Kalau batch 97, ada x yg dpt 6a jgk.. sbb sy risau sgt ni.. :(

      Padam
    3. Assalamualaikum.. sy nak tanye, apids terima x pemohon yg dpt 6a? Kalau batch 97, ada x yg dpt 6a jgk.. sbb sy risau sgt ni.. :(

      Padam
    4. Inshaallah kerana rezeki itu di tangan Tuhan :) Inshaallah Allah berikan yang terbaik buat kita. Semoga Berjaya!

      Padam
  7. Assalamualaikum nak tnya... sye layak dpt asasi pengajian islam di UM... Tapi sye berminat pde asasi pengajian islam dan sains... boleh ke sye nak masuk asasi pengajian islam dan sains lepas habis asasi di nilam puri?

    BalasPadam