Cari Blog Ini

Sabtu, 19 September 2015

GST 2 - Game 'Chase The Chance'

Pada kali ini, Exco Kerohanian a.k.a Ecospian menganjurkan suatu permainan yang dinamakan 'Chase The Chance'. Permainan ini menguji ketangkasan otak berfikir dan badan bertindak.

Cara permainan ini ialah seperti bermain Ohsom (burung, batu, air) tetapi ditukar gaya kepada Puteri, Pemburu dan Harimau. Dua garis di tengah bertindak sebagai pemisah antara dua kumpulan yang berlawanan. Semua ahli kumpulan dikehendaki memijak atas garisan tersebut sebelum Ohsom. Pasukan yang menang dalam Ohsom akan mengejar ke arah pihak lawan dan menyingkirkan mereka dengan menyentuh mereka. Pasukan yang kalah pula mestilah lari ke kawasan rumah mereka, iaitu di dalam kawasan garisan yang paling tepi secepat mungkin sebelum diterkam oleh pasukan yang menang.

Pihak penganjur mengajarkan 
cara-cara bermain.

Salah satu pergerakan Ohsom
yang diperkenalkan.
#GayaPuteri
Masing-masing sedang melakukan pergerakan Ohsom

Alhamdulillah, terselamat daripada tersingkir






Ibrah atau pengajaran yang boleh diperolehi ialah permainan ini diibaratkan sebagai realiti kehidupan ini. Dalam permainan ini, kita adalah kita manakala pihak lawan kita itu diibaratkan sebagai halangan dalam hidup kita. Kita berhak memilih dan menentukan jalan kehidupan kita sebagaimana kita memilih untuk melakukan gaya Puteri, Pemburu mahupun Harimau. Jika kita sedar bahawa kita tersalah pilih, kita pulanglah ke pangkal jalan sebagaimana kita pulang ke kawasan 'rumah' kita semula. Akan tetapi, jika kita berjaya mengharungi segala cabaran, teruskan mengorak langkah dan maju ke hadapan dengan penuh yakin.

Sekian.

Sabtu, 12 September 2015

GST 1 - Tayangan Video 1.1

Setelah sekian lama menggunakan nama Usrah atau Daurah sebagai nama perjumpaan mingguan ahli APIDS, akhirnya pihak Exco Kerohanian a.k.a Ecospian telah mengambil inisiatif untuk menukarkan nama kepada nama yang lebih menarik dan sesuai iaitu GST (Geng Suka Tarbiyyah). Aktiviti pertama GST yang diadakan adalah tayangan video yang bertajuk Phase 3 oleh Wake Up Project Team.


Video 'Phase 3' yang disediakan oleh Ecospian sendiri ini sebenarnya mengandungi 20 klip video. Setiap klip video tersebut berdurasi sekitar enam minit. Namun pada hari ini, hanya klip video 1 hingga 5 sahaja yang ditayangkan. Selebihnya, akan ditayangkan pada masa yang akan datang. Pada hari ini, ahli-ahli apids belajar bahawa hakikat penipuan dan ketidakadilan yang semakin berleluasa mutakhir ini, tanda-tanda Dajjal serta ciri-cirinya dan pelbagai lagi.


Tayangan video ini bukanlah semata-mata tayangan yang menjadi suatu tontonan mereka semata-mata, akan tetapi sebagai seorang yang telah pun diterapkan dengan pelbagai ilmu sejak kecil, kami yang dipilih secara rawak dihendaki untuk merumuskan semula setiap klip video tersebut. 


Antara ahli APIDS yang dipetik untuk memberi
 ulasan tentang video yang telah ditayangkan.





Sementara itu, ahli-ahli APIDS yang lain turut
tekun mencatat nota ketika mendengar ulasan.

Insyaallah , segmen ini akan dilanjutkan pada masa akan datang dengan izinNya. 

Jumaat, 11 September 2015

Sukan APIDS

Pada hari Khamis bersamaan 10.9.2015, telah diadakan hari sukan Apids bagi ikhwah dan juga akhawat yang dikendalikan oleh Hisyamuddin bin Hamdan sebagai Exco Sukan dan Kedinamikan. Aktiviti sukan ini akan dilakukan setiap 2 minggu sekali bagi memastikan mahasiswa/wi sentiasa berada dalam keadaan sihat dan cergas serta menghilangkan tekanan. 

   "كما قال الحكماء - "العقل السليم في الجسم السليم                                                       
                         
                                              
   Aktiviti riadah yang dijalankan adalah bermain futsal bagi ikhwah.











Lepas penat selfie dulu.


"A true friend is someone who sees the pain in your eyes while everyone else believes your smile ,so keep smile because only he knows what you feel"

#MAJULAHSUKANUNTUKAPIDS
#MAJULAHAPIDSUNTUKNEGARA

Selasa, 1 September 2015

AHLAN 1.0


Pada hari Ahad dan Isnin bersamaan 30 dan 31 Ogos 2015, telah diadakan satu program khas bagi mahasiswa/wi Apids97 di Nilam Puri iaitu A Harmonious Linkage Among Novices (AHLAN) yang dikendalikan oleh Apids96 yang kini berada di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM). Program ini merupakan wadah pencerahan tentang Asasi Pengajian Islam Dan Sains (APIDS) dan juga Sarjana Muda Pengajian Islam dan Sains (SMPIS) serta Sarjana Muda Pengajian Islam dan Teknologi Maklumat (SMPITM).

Program ini akan diadakan sebanyak 2 kali. Kali pertama akan diadakan pada semester 1 iaitu yang ini, AHLAN 1.0. Kali kedua pula InshaaAllah akan diadakan pada semester 2 yang akan datang. Pelbagai aktiviti menarik yang berlangsung sepanjang program ini.


Solat maghrib dan Isya' berjemaah beserta tazkirah berantai sebelum pendedahan tentang APIDS berlangsung.




Akhawat dan Ikhwah sedang khusyuk mendengar taklimat.



Taklimat diberikan oleh Dr Shaikh Mohd Saifuddeen

dan juga dari Saudara Mustaqim Malek dari kohort ke-8
Keesokan harinya, Lajnah-lajnah diperkenalkan dari Apids96 dan Apids97.
Mantan Presiden Apids96 di Nilam Puri

Mantan Timbalan Presiden Apids96

Presiden Apids97
Timbalan Presiden Apids97

Antara aktivi AHLAN 1.0 adalah perbincangan antara Lajnah Apids96 dan Apids97.







Selepas itu, Explorace diadakan oleh ahli Apids96 untuk ahli Apids97 demi mengeratkan lagi ukhuwah antara kami.












Pada malamnya pula, sebelum Apids96 pulang ke UMKL, penyampaian hadiah diadakan bagi Explorace serta persembahan khas daripada Apids96 serta Apids97.