Cari Blog Ini

Sabtu, 19 September 2015

GST 2 - Game 'Chase The Chance'

Pada kali ini, Exco Kerohanian a.k.a Ecospian menganjurkan suatu permainan yang dinamakan 'Chase The Chance'. Permainan ini menguji ketangkasan otak berfikir dan badan bertindak.

Cara permainan ini ialah seperti bermain Ohsom (burung, batu, air) tetapi ditukar gaya kepada Puteri, Pemburu dan Harimau. Dua garis di tengah bertindak sebagai pemisah antara dua kumpulan yang berlawanan. Semua ahli kumpulan dikehendaki memijak atas garisan tersebut sebelum Ohsom. Pasukan yang menang dalam Ohsom akan mengejar ke arah pihak lawan dan menyingkirkan mereka dengan menyentuh mereka. Pasukan yang kalah pula mestilah lari ke kawasan rumah mereka, iaitu di dalam kawasan garisan yang paling tepi secepat mungkin sebelum diterkam oleh pasukan yang menang.

Pihak penganjur mengajarkan 
cara-cara bermain.

Salah satu pergerakan Ohsom
yang diperkenalkan.
#GayaPuteri
Masing-masing sedang melakukan pergerakan Ohsom

Alhamdulillah, terselamat daripada tersingkir






Ibrah atau pengajaran yang boleh diperolehi ialah permainan ini diibaratkan sebagai realiti kehidupan ini. Dalam permainan ini, kita adalah kita manakala pihak lawan kita itu diibaratkan sebagai halangan dalam hidup kita. Kita berhak memilih dan menentukan jalan kehidupan kita sebagaimana kita memilih untuk melakukan gaya Puteri, Pemburu mahupun Harimau. Jika kita sedar bahawa kita tersalah pilih, kita pulanglah ke pangkal jalan sebagaimana kita pulang ke kawasan 'rumah' kita semula. Akan tetapi, jika kita berjaya mengharungi segala cabaran, teruskan mengorak langkah dan maju ke hadapan dengan penuh yakin.

Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan