Sabtu, 12 September 2015

GST 1 - Tayangan Video 1.1

Setelah sekian lama menggunakan nama Usrah atau Daurah sebagai nama perjumpaan mingguan ahli APIDS, akhirnya pihak Exco Kerohanian a.k.a Ecospian telah mengambil inisiatif untuk menukarkan nama kepada nama yang lebih menarik dan sesuai iaitu GST (Geng Suka Tarbiyyah). Aktiviti pertama GST yang diadakan adalah tayangan video yang bertajuk Phase 3 oleh Wake Up Project Team.


Video 'Phase 3' yang disediakan oleh Ecospian sendiri ini sebenarnya mengandungi 20 klip video. Setiap klip video tersebut berdurasi sekitar enam minit. Namun pada hari ini, hanya klip video 1 hingga 5 sahaja yang ditayangkan. Selebihnya, akan ditayangkan pada masa yang akan datang. Pada hari ini, ahli-ahli apids belajar bahawa hakikat penipuan dan ketidakadilan yang semakin berleluasa mutakhir ini, tanda-tanda Dajjal serta ciri-cirinya dan pelbagai lagi.


Tayangan video ini bukanlah semata-mata tayangan yang menjadi suatu tontonan mereka semata-mata, akan tetapi sebagai seorang yang telah pun diterapkan dengan pelbagai ilmu sejak kecil, kami yang dipilih secara rawak dihendaki untuk merumuskan semula setiap klip video tersebut. 


Antara ahli APIDS yang dipetik untuk memberi
 ulasan tentang video yang telah ditayangkan.





Sementara itu, ahli-ahli APIDS yang lain turut
tekun mencatat nota ketika mendengar ulasan.

Insyaallah , segmen ini akan dilanjutkan pada masa akan datang dengan izinNya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan