Selasa, 1 September 2015

AHLAN 1.0


Pada hari Ahad dan Isnin bersamaan 30 dan 31 Ogos 2015, telah diadakan satu program khas bagi mahasiswa/wi Apids97 di Nilam Puri iaitu A Harmonious Linkage Among Novices (AHLAN) yang dikendalikan oleh Apids96 yang kini berada di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM). Program ini merupakan wadah pencerahan tentang Asasi Pengajian Islam Dan Sains (APIDS) dan juga Sarjana Muda Pengajian Islam dan Sains (SMPIS) serta Sarjana Muda Pengajian Islam dan Teknologi Maklumat (SMPITM).

Program ini akan diadakan sebanyak 2 kali. Kali pertama akan diadakan pada semester 1 iaitu yang ini, AHLAN 1.0. Kali kedua pula InshaaAllah akan diadakan pada semester 2 yang akan datang. Pelbagai aktiviti menarik yang berlangsung sepanjang program ini.


Solat maghrib dan Isya' berjemaah beserta tazkirah berantai sebelum pendedahan tentang APIDS berlangsung.




Akhawat dan Ikhwah sedang khusyuk mendengar taklimat.



Taklimat diberikan oleh Dr Shaikh Mohd Saifuddeen

dan juga dari Saudara Mustaqim Malek dari kohort ke-8
Keesokan harinya, Lajnah-lajnah diperkenalkan dari Apids96 dan Apids97.
Mantan Presiden Apids96 di Nilam Puri

Mantan Timbalan Presiden Apids96

Presiden Apids97
Timbalan Presiden Apids97

Antara aktivi AHLAN 1.0 adalah perbincangan antara Lajnah Apids96 dan Apids97.







Selepas itu, Explorace diadakan oleh ahli Apids96 untuk ahli Apids97 demi mengeratkan lagi ukhuwah antara kami.












Pada malamnya pula, sebelum Apids96 pulang ke UMKL, penyampaian hadiah diadakan bagi Explorace serta persembahan khas daripada Apids96 serta Apids97.




3 ulasan:

  1. knape ahlan 1.0????ade ahlan 2.0 ke???...mohon respon..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuan Farid,
      Program AHLAN ini akan diadakan dua kali. Kali pertama akan diadakan pada semester pertama, manakala satu lagi akan diadakan pada semester kedua. Disebabkan ini program AHLAN yang pertama diadakan buat pelajar APIdS kohort ke-14, maka program ini dinamakan sebagai AHLAN 1.0

      Pada semester akan datang, AHLAN 2.0 pula yang menanti.

      Untuk keterangan dengan lebih jelas serta koleksi foto-foto pada hari tersebut, lawati: https://www.facebook.com/media/set/?set=a.503312833164947.1073741833.484481381714759&type=3

      Padam