Cari Blog Ini

Ahad, 16 April 2017

Sistem Pembelajaran Terkini Bagi Sesi 2017/2018

Alhamdulillah, pada 6 April 2014 yang lalu, para pelajar APIDS 97 dengan jayanya telah menamatkan sesi pengajian Asasi di PASUM sekali gus menandakan tamatnya sesi pengajian pada peringkat Asasi selama 2 tahun. Diharapkan agar semua dapat memanfaatkan cuti dengan sebaiknya dan dapat bersiap-sedia dari segi mental dan fizikal sebelum melangkah ke alam Degree yang penuh mencabar lagi, In shaa Allah.

Pada post kali ini, kami akan memberitahu secara kasar tentang perubahan yang akan dilaksanakan untuk program APIDS sesi 2017/2018 bagi lepasan SPM 2016.

Untuk pengetahuan anda, perubahan yang drastik akan dilaksanakan adalah sesi pengajian telah disingkatkan daripada 2 tahun kepada setahun. Semua subjek Sains dan Pengajian Islam akan digabungkan dalam 2 semester dan semuanya akan dipelajari di Pusat Asasi Sains UM, Kuala Lumpur. Maka, untuk pelajar Batch yang akan datang, tidak akan belajar di Akademi Pengajian Islam Nilam Puri, Kelantan.

Berikut merupakan senarai subjek yang akan dipelajari mengikut aliran, dan juga jam kredit bagi setiap semester.




Oleh kerana sistem pembelajaran yang baharu ini belum dilaksanakan, maka kami tidak dapat menerangkan dengan lebih lanjut lagi. Hanya ini yang mampu dikongsikan untuk makluman dan pengetahuan anda. Kepada lepasan SPM yang masih mencari-cari hala tuju, teruskan berusaha dan jangan putus asa. Semoga segala urusan dipermudahkan. Apa-apapun, kami mendoakan yang terbaik buat anda semua, In shaa Allah.

Boleh rujuk di bahagian: Pengenalan. Pun begitu, kami bukan pihak pengurus mahupun penyelia program ini. Kami hanya pelajar lepasan APIDS juga.

1 ulasan: